Thursday, July 25, 2013

Sumber Bahan Tahun 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya ingin kongsikan bahan-bahan pengajaran khusus kepada rakan-rakan guru Sains yang mengajar di Tahun 2.

Bahan-bahan ini berkaitan dua tajuk dalam Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 iaitu:
1.Terang dan Gelap
2. Asas Teknologi

Diharapkan perkongsian tidak seberapa ini, dapat memberikan manfaat kepada semua guru-guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Berikut merupakan pautan kepada bahan-bahan tersebut:

http://www.mediafire.com/download/1a22g2kt35fmg2a/Bahan_Sains_Tahun_2.rar

Selamat Mengajar dan Belajar!

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin Tami. :D



Video Menarik untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Video merupakan salah satu medium pengajaran dan pembelajaran yang sangat seronok dan efektif. Bukan sahaja ia dapat menarik perhatian murid, malah ia dapat menambahkan lagi pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berikut merupakan video yang boleh digunakan oleh rakan guru-guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Walaupun kebanyakan video ini dalam Bahasa Inggeris, namun Guru boleh menerangkannya semula dalam Bahasa Melayu.

Bagi Tajuk Sains Fizikal = Deria Manusia




Bagi Tajuk Sains Hayat = Manusia




Sains Bahan = Timbul dan Tenggelam.




Sains Hayat = Haiwan



Sains Hayat = Tumbuhan




Ditulis Oleh,
Cikgu Shamsudin Tami. :D

Wednesday, July 24, 2013

Cerianya Makmal Sains! Jum Ke Makmal Sains .... :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru pelatih internship, Cikgu Shamsudin dan Cikgu Karmila telah berusaha untuk menceriakan makmal Sains sekolah. Ia juga adalah merupakan projek berpasangan yang perlu dilaksanakan. 

Antara usaha yang dilaksanakan untuk tujuan keceriaan adalah seperti menampal  bahan-bahan relevan mengenai Sains. Terdapat satu sistem suria ringkas yang boleh membantu murid-murid Tahap 2 untuk mengingati setiap planet dalam sistem suria. Ada juga ditampal radas-radas asas makmal Sains bertujuan agar murid dapat mengenali dan mengetahui peralatan makmal dengan baik. Selain itu, fasa-fasa Bulan juga ada di lekatkan agar murid dapat mengingati dan mengetahui fasa-fasa Bulan dengan turutan, nama dan bentuk yang betul mengikut turutan. Selain itu, 12 Kemahiran Proses Sains turut ditampal agar murid dapat mengenalpasti setiap peringkat KPS yang sangat penting khusus dalam melaksanakan eksperimen.

Makmal Sains Sk Tanjung Batu Keramat yang ceria. 

Cikgu Karmila menyediakan bahan paparan.

Cikgu Shamsudin juga berusaha bersungguh-sungguh menceriakan Makmal Sains. :D


Bekerjasama menceriakan makmal.

Fasa-Fasa Bulan.

Kemahiran Proses Sains

Sudut info Sains dalam makmal Sains padat dengan informasi dan maklumat serta fakta Sains menarik.
Sistem Suria ringkas.


Diharapkan dengan adanya bahan-bahan ini dapat meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk belajar. Di samping berasa seronok dalam makmal yang ceria, sudah tentu juga dapat mengetahui fakta dan pengetahuan Sains dengan lebih baik.
Sekian.

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin Tami. :D










Jom Luangkan Sejenak di Sudut Panitia Sains :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada semua murid-murid Sk Tanjung Batu Keramat Tawau, Sabah khususnya, mari luangkan masa untuk membaca info-info menarik berkaitan Sains. Sudut panitia Sains terletak bersebelahan dengan sudut panitia Pendidikan Islam. Pada murid tahap 1 dan tahap 2 bolehla meluangkan masa 5 minit atau 10 minit ketika waktu rehat untuk membaca info-info menarik berkaitan Sains di Sudut Panitia Sains. Membaca itu jambatan ilmu. Apa tunggu lagi jum ke sudut Panitia Sains!

Cikgu Karmila bersemangat dan penuh ceria untuk menghias dan memenuhkan sudut Panitia Sains Sekolah.

Menggunakan kain corak sebagai "border" kreatif dan menjimatkan!

Info Sains yang menarik. Jum baca!


Ringkas dan Padat! Luangkan sejenak di sudut Panitia Sains ok...:D


Semoga dengan adanya info-info Sains ini dapat memberikan pengetahuan dan ilmu yang baik untuk semua murid-murid Sk Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah.
Sekian, Terima kasih.

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin Tami. :D








Monday, July 22, 2013

Bahan Sumber Sains Rendah untuk Rakan-rakan Guru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin berkongsi laman sumber bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran ataupun soalan Sains berkaitan yang boleh digunakan. Rakan guru-guru Sains diharapkan dapat memanfaatkan sumber bahan-bahan tersebut.

Bolehlah mencari bahan-bahan berkaitan Sains di pautan berikut:


Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan banyak manfaat pada semua.




Sunday, July 21, 2013

Sejauh Mana ia Menyerap?

Assalamualaikum, hari ini 3 Zamrud telah menjalankan satu aktiviti ujikaji ringkas. Tujuan eksperimen ringkas ini adalah untuk mengetahui tahap penyerapan bagi bahan-bahan yang boleh menyerap air.




Bahan-Bahan yang diperlukan ialah,
1. Kertas
2. Kain
3.Tisu
4. Bahan pewarna.
5. Bekas

Gunting setiap bahan tersebut dalam bentuk bahagian kecil.
Gunting dalam bentuk seperti ini bagi dua bahan yang lain pula.

Dua bahan lain iaitu tisu dan kertas.

Sekarang bersedia untuk menjalankan ujikaji! Rasanya bahan apa yang dapat menyerap lebih banyak?

Celup sebahagian bahan-bahan tersebut dalam 1cm dan buat pemerhatian yang kamu boleh lihat.

Hasil ujikaji menunjukkan tisu dapat menyerap lebih banyak air berbanding dua bahan lain. Apakah kesimpulan yang boleh kita lakukan?

Kesimpulan daripada aktiviti ini, kita dapati setiap bahan yang boleh menyerap air mempunyai keupayaan yang berbeza untuk menyerap air. Ada yang dapat menyerap air dengan lebih banyak, dan ada juga yang sedikit. 

Kamu boleh cuba aktiviti ini menggunakan bahan-bahan menyerap air yang lain pula untuk membandingbezakan tahap keupayaan menyerap air. Selamat mencuba!

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin Tami. :D

Saturday, July 20, 2013

Jom Baca Majalah "estidotmy"

Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini cikgu ingin kongsikan satu majalah Sains yang sangat menarik untuk dibaca. Padat dengan pelbagai info dan maklumat terkini mengenai dunia Sains. Majalah tersebut ialah majalah "estidotmy" yang sebenarnya merupakan majalah mini percuma apabila kita membeli akhbar Utusan Malaysia.

Mungkin ada yang pernah baca majalah tersebut. Namun begitu, sekiranya terlepas isu-isu ataupun keluaran lalu, masih boleh dibaca secara dalam talian di alamat berikut :


Murid boleh minta guru, ibubapa, kakak atau abang untuk membantu kamu mencari dan membaca keluaran majalah yang kamu mahu.

Terdapat banyak himpunan keluaran majalah Sains "estidotmy" yang boleh dibaca atau dimuat turun.

Majalah Sains estidotmy yang boleh dibaca secara dalam talian.

Antara rencana majalah yang menarik untuk dibaca.


Disini telah dihimpunkan dan dikumpulkan keluaran-keluaran majalah "estidotmy" yang telah lalu dan boleh dibaca ataupun dimuat turun sebagai simpanan. Sebagai mengisi masa lapang ataupun untuk tujuan mencari maklumat, kita boleh membaca majalah Sains "estidotmy" ini. Ia sememangnya padat dengan pelbagai jenis maklumat relevan yang berkaitan dengan Sains. Apa tunggu lagi, jum baca!

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D