Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini Sk Tanjung Batu Keramat Tawau, Sabah mengadakan satu program berjalan 10 000 langkah sehubung dengan Program Jalan Ria 10 000 langkah 1Malaysia 1Sukan sempena dengan bulan kecergasan kebangsaan 2013.
Sebelum melakukan aktiviti fizikal amat penting membuat pemanasan badan.
Sambutan yang amat meriah dari semua murid-murid Sk Tanjung Batu Keramat!
Program diserikan lagi dengan persembahan Bicara Berirama. Satu persembahan yang menarik!
Murid-murid bersemangat melakukan pemanasan badan.
10 000 langkah bermula! Ayuh mara ke hadapan....
Bersemangat untuk berjalan!
Wajah ceria guru-guru!
Yeah, 10 000 langkah!
Program berjalan 10 000 langkah ini berjaya dilaksanakan dan murid-murid sk Tanjung Batu Keramat Tawau, Sabah sememangnya seronok dan begitu semangat sekali. Guru-guru dan kakitangan sekolah turut sama menjayakan program ini. Apalagi, Jum kita berjalan, ayuh!
Makanan yang kita makan mempunyai kalori yang berbeza. Terlalu banyak makan mungkin memudaratkan!
Pertambahan kalori yang berlebihan kerana pengambilan makanan yang juga berlebihan pasti menyebabkan pertambahan berat badan dan juga perubahan fizikal.
Hah, tahukah anda berjalan sebenarnya merupakan senaman ringkas yang memberikan banyak kebaikan dan manfaat khusus kepada tubuh badan kita. Dengan hanya berjalan kita mampu membakar kalori dalam tubuh badan. Kalori ialah merupakan satu unit sukatan untuk tenaga. Tubuh badan kita memerlukan kalori untuk tenaga. Namun begitu, terlalu banyak kalori dalam badan boleh menyebabkan kepada penambahan berat badan yang berlebihan. Pada masa ini sudah tentulah banyak penyakit akan mudah datang!
Tahukah anda dengan 10 000 langkah dapat membantu membakar 300 hingga 350 kalori! Wah banyak tu...
Oleh itu untuk membakar kalori berlebihan dinasihatkan agar kita senantiasa bersenam. Antara senaman paling ringkas sudah tentulah dengan hanya berjalan. Ya, dengan hanya berjalan setiap hari mampu membakar banyak kalori dan mengekalkan kesihatan jantung serta tubuh badan. Kita boleh berjalan ke tempat kerja/sekolah atau berbasikal sekiranya dekat, menaiki tangga daripada menaiki lif dan bersiariar dengan berjalan di taman berdekatan.
Program berjalan 10 000 langkah ini sememangnya berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah. Di harapkan amalan berjalan dapat diteruskan oleh smeua lapisan masyarakat dan seterusnya mewujudkan stail kehidupan yang sihat dan cergas. Bertemu lagi di program berjalan 10 000 langkah seterusnya!
Wassalam dan salam 1 Malaysia.
Penulis,
Cikgu Shamsudin :D
No comments:
Post a Comment