Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini cikgu sukacita untuk berkongsi sebuah lagi laman web yang sangat menarik dan dapat membantu murid-murid khususnya tahun 4, 5 dan 6 dalam topik tema pembelajaran Sains, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.
Laman web tersebut boleh dicapai di alamat berikut:
Muka Depan laman web. Mudah dan senang untuk akses pada setiap topik.
Animasi penerangan yang ringkas, padat dan sangat menarik.
Antara topik yang terdapat dalam laman web ini ialah Sistem Suria, Skala dan Jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari, Keistimewaan Lokasi Bumi, Pergerakan Bumi, Bulan dan Bintang,Kejadian Siang dan Malam, Fasa-Fasa Bulan, Gerhana Bulan, Gerhana Matahari dan Buruj. Apa yang menarik setiap topikpembelajaran ini merangkumi satu penerangan animasi ringkas yang sangat menarik dalam Bahasa Melayu yang mudah untuk difahami.
Guru guru Sains boleh menggunakan laman web ini untuk mengajar topik yang terkandung dalam tema menyiasat Bumi dan Alam Semesta.Animasi yang ringkas dan padat tentu dapat menarik perhatian murid untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap tajuk. Ini dapat mewujudkan PdP yang menarik dan berkesan.
Bagi murid tahun 6, boleh la melayari laman web ini sebagai satu bentuk ulang kaji dalam tajuk ini. Animasi ringkas dengan bahasa yang mudah difahami sudah tentu mampu mengukuhkan lagi kefahaman murid dalam sesuatu konsep Sains. Murid tahun 5 dan 4 juga boleh melayarinya untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai topik ini.
Tunggu apalagi, jum teroka Bumi dan Alam Semesta sekarang!
Murid-murid boleh meminta panduan dan bimbingan guru untuk melayari laman web ini sekiranya perlu. Sekian, Wassalam.
Ditulis oleh,
Shamsudin Tami. :D
No comments:
Post a Comment