Saturday, July 20, 2013

Wah Seronoknya "Science for Kids"!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini, Cikgu akan kongsikan satu laman web yang mempunyai banyak input dan maklumat relevan yang ringkas tetapi padat iaitu "Science for Kids: Fun Science & Technology For Kids". Ia boleh dibuka di alamat berikut:



 Muka depan laman web. Mudah dan senang untuk akses kepada pelbagai menu seperti eksperimen, kuiz sains, permainan sains, fakta sains dan banyak lagi.

Laman web menarik ini padat dengan pelbagai jenis kuiz berkaitan topik pembelajaran Sains. Ia juga mempunyai fakta-fakta menarik mengenai haiwan, teknologi terkini, sistem suria, dan banyak lagi bidang Sains yang pasti dapat memberikan pembacanya banyak manfaat. Walaupun dalam bahasa Inggeris, ia tidak menjadi penghalang untuk memahami kandungan laman tersebut. Malah ia mungkin dapat membantu murid-murid untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris secara tidak langsung.Guru-guru sains juga sebenarnya boleh mendapatkan pelbagai info dan maklumat tambahan daripada laman ini. 

Salah satu ekperimen ringkas  berkaitan topik pembelajaran Sains. Senang dan boleh dilaksanakan dalam kelas.

Bukan itu sahaja, terdapat juga eksperimen-eksperimen ringkas yang menyeronokkan berkaitan konsep Sains yang pasti dapat menampah kefahaman murid. Bahan-bahan eksperimen kebanyakannya juga mudah didapati dan guru boleh menggunakan beberapa eksperimen yang relevan untuk dilaksanakan dalam kelas berdasarkan topik dan sukatan Subjek Sains di sekolah. Apa tunggu lagi saintis-saintis muda? jum bereksperimen!

Bagi guru-guru Sains pula, terdapat beberapa contoh pengajaran dan pembelajaran ringkas mengenai topik Sains yang berkaitan boleh dijadikan rujukan. Format RPHnya memang berbeza, namun guru boleh ubahsuai mengikut format RPH yang digunakan sekarang. 
Malah terdapat juga sumber video yang relevan mengenai topik Sains dapat didapati daripada laman web ini. Ini dapat membantu guru-guru yang mencari video  berkaitan topik pembelajaran.

Murid-murid yang ingin melayari laman ini, mungkin boleh meminta bantuan guru, ibubapa, abang atau kakak sekiranya perlu. Guru boleh menggunakan laman web ini untuk menjawab kuiz berkaitan sains ataupun sekadar untuk mengetahui fakta-fakta menarik mengenai pelbagai bidang Sains. Ia satu sumber alternatif Sains yang sangat menarik dan banyak input relevan.

Contoh permainan interaktif yang berkaitan dengan topik pembelajaran Sains iaitu rantai makanan Tahun 5. Banyak lagi pilihan permainan menarik yang lain! Cubalah.

Terdapat juga galeri video berkaitan Sains yang boleh digunakan oleh guru dalam Pengajaran
dan Pembelajaran di dalam kelas.

Pelbagai jenis fakta Sains dari segala bidang yang menarik untuk diketahui.


Malah  permainan-permainan interaktif berkaitan Sains yang mungkin dapat menarik perhatian murid dalam mempelajari sesuatu topik Sains juga ada. Guru boleh menggunakan permainan ini sebagai satu bentuk aktiviti interaktif ICT di dalam kelas. Sudah pasti pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan penuh seronok. Murid sudah tentu bersemangat untuk terus mengetahui topik dan konsep Sains seterusnya!

Apa tunggu lagi, jum kita lawat laman web http://www.sciencekids.co.nz/ 
Mintalah guru kamu untuk membuka laman tersebut sekiranya perlu. Guru Sains kamu akan membimbing dan memberikan panduan semasa kamu melayari laman tersebut.

Isi dan maklumat yang terkandung dalamnya sememangnya agak berguna bukan sahaja hanya untuk murid-murid malah guru-guru Sains juga. Selamat melayari!

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D

No comments:

Post a Comment