Showing posts with label Entri Tahun 6. Show all posts
Showing posts with label Entri Tahun 6. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Jom Baca Majalah "estidotmy"

Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini cikgu ingin kongsikan satu majalah Sains yang sangat menarik untuk dibaca. Padat dengan pelbagai info dan maklumat terkini mengenai dunia Sains. Majalah tersebut ialah majalah "estidotmy" yang sebenarnya merupakan majalah mini percuma apabila kita membeli akhbar Utusan Malaysia.

Mungkin ada yang pernah baca majalah tersebut. Namun begitu, sekiranya terlepas isu-isu ataupun keluaran lalu, masih boleh dibaca secara dalam talian di alamat berikut :


Murid boleh minta guru, ibubapa, kakak atau abang untuk membantu kamu mencari dan membaca keluaran majalah yang kamu mahu.

Terdapat banyak himpunan keluaran majalah Sains "estidotmy" yang boleh dibaca atau dimuat turun.

Majalah Sains estidotmy yang boleh dibaca secara dalam talian.

Antara rencana majalah yang menarik untuk dibaca.


Disini telah dihimpunkan dan dikumpulkan keluaran-keluaran majalah "estidotmy" yang telah lalu dan boleh dibaca ataupun dimuat turun sebagai simpanan. Sebagai mengisi masa lapang ataupun untuk tujuan mencari maklumat, kita boleh membaca majalah Sains "estidotmy" ini. Ia sememangnya padat dengan pelbagai jenis maklumat relevan yang berkaitan dengan Sains. Apa tunggu lagi, jum baca!

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D

Peta Minda Ringkas dan Padat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cikgu ingin kongsikan beberapa peta minda ringkas tetapi padat kepada semua murid-murid tahun 6. 

Peta Minda merupakan satu bentuk rajah yang mengandungi maklumat atau informasi berkenaan sesuatu tetapi dalam bentuk yang lebih ringkas.Ia bertujuan untuk menggalakkan pembacanya berfikir serta merangsang pemikiran agar dapat memahami sesuatu maklumat.

Contoh Peta Minda. Ringkas dan boleh diletakkan gambar yang berkaitan. Satu kaedah ulang kaji yang efektif dan efisyen.


Peta Minda ini merupakan satu kaedah yang sangat efektif  khasnya untuk murid-murid Tahun 6 mengulang kaji dengan  lebih efisyen. Ia boleh dibaca setelah mengulang kaji sesuatu topik sepenuhnya bertujuan untuk "Refresh" semula segala maklumat dan kata kunci dalam sesuatu topik pembelajaran Sains.

Kamu boleh  membaca peta minda ini secara dalam talian ataupun muat turun di alamat berikut :


(Sekiranya ingin muat turun, pastikan kamu mendaftar keahlian terlebih dahulu. Ianya percuma. Minta bantuan guru, ibu bapa, kakak atau abang sekiranya perlu.)

Guru-guru Sains juga boleh menggunakan peta minda ini untuk digunakan di dalam kelas sebagai satu bentuk bahan ulang kaji ringkas.

Selamat Maju Jaya.

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D

Mari Ulang Kaji UPSR 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini Cikgu ingin berkongsi sumber persembahan power point khusus untuk murid-murid tahun 6 dan guru-guru Sains. Bolehlah muat turun setiap persembahan power point ini untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran dan juga ulang kaji.


Usaha Tangga Kejayaan! Jom Ulang Kaji


Tajuk : Persaingan


Tajuk: Daya dan Geseran


Tajuk: Gerhana Matahari dan Bulan


Tajuk: Tuas


Tajuk: Mesin Ringkas


Tajuk: Mesin Kompleks


Tajuk:Pengurusan Pembuangan


Tajuk: Mengenal Pasti Pembolehubah, Tujuan dan Hipotesis.


Tajuk: Pemerhatian dan Inferens.


Terima kasih tidak terhingga pada tuan punya blog,
http://heiriah75.blogspot.com/ iaitu Cikgu Siti Heirah yang sudi berkongsi bahan-bahan ini.

Apa tunggu lagi, mari mulakan ulang kaji! Semoga Maju Jaya!

Ditulis oleh,
Shamsudin Tami.



Mari Menyiasat Bumi dan Alam Semesta di Portal Pendidikan Angkasa.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini cikgu sukacita untuk berkongsi sebuah lagi laman web yang sangat menarik dan dapat membantu murid-murid khususnya tahun 4, 5 dan 6 dalam topik tema pembelajaran Sains, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.

Laman web tersebut boleh dicapai di alamat berikut:


Muka Depan laman web. Mudah dan senang untuk akses pada setiap topik.

Animasi penerangan yang ringkas, padat dan sangat menarik.

Antara topik yang terdapat dalam laman web ini ialah Sistem Suria, Skala dan Jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari, Keistimewaan Lokasi Bumi, Pergerakan Bumi, Bulan dan Bintang,Kejadian Siang dan Malam, Fasa-Fasa Bulan, Gerhana Bulan, Gerhana Matahari dan Buruj. Apa yang menarik setiap topikpembelajaran ini merangkumi satu penerangan animasi ringkas yang sangat menarik dalam Bahasa Melayu yang mudah untuk difahami.

Guru guru Sains boleh menggunakan laman web ini untuk mengajar topik yang terkandung dalam tema menyiasat Bumi dan Alam Semesta.Animasi yang ringkas dan padat tentu dapat menarik perhatian murid untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap tajuk. Ini dapat mewujudkan PdP yang menarik dan berkesan.

Bagi murid tahun 6, boleh la melayari laman web ini sebagai satu bentuk ulang kaji dalam tajuk ini. Animasi ringkas dengan bahasa yang mudah difahami sudah tentu mampu mengukuhkan lagi kefahaman murid dalam sesuatu konsep Sains. Murid tahun 5 dan 4 juga boleh melayarinya untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai topik ini.

Tunggu apalagi, jum teroka Bumi dan Alam Semesta sekarang!
Murid-murid boleh meminta panduan dan bimbingan guru untuk melayari laman web ini sekiranya perlu. Sekian, Wassalam.  
Ditulis oleh,
Shamsudin Tami. :D

Thursday, July 18, 2013

Jom Ulangkaji UPSR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Alhamdulillah kerana kita masih diberikan peluang merasai nikmat bulan puasa penuh berkah. ntuUk murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi, adakah anda semua sudah bersedia?

Apapun sementara menunggu berbuka puasa, apa kata adik-adik buat latihan Sains UPSR? Tentu dapat melatih diri agar dapat menjawab dan menguasai kertas ujian dengan lebih baik.
  
Di bawah ini terdapat beberapa pautan ke blog dan sumber soalan UPSR yang adik-adik boleh muat turun dan jawab. Cubalah ya! Usaha itu tangga kejayaan.

In Syaa Allah semoga calon UPSR Sk Tanjung Batu Keramat Tawau, Cemerlang UPSR!

Hah,, untuk berjaya sudah tentu usaha perlu ada. Jadi rajinkan diri berusaha membuat banyak latihan ok!

Berikut merupakan pautan kepada sumber soalan UPSR sains:

(terdapat 4 set soalan)

(terdapat 7 set soalan)

http://id.scribd.com/doc/142519722/Upsr-Sains-2013-Ulangkaji-Bahagian-A

  Terima kasih kepada :http://longkaiboyz.blogspot.com/2013/05/siri-1-upsr-2013-sains-koleksi-soalan.html yang menyediakan sumber soalan tersebut. :D


Soalan-Soalan ini boleh dimuat turun dan dijawab. Tunggu apalagi jum muat turun dan praktis latihan Sains!

In Syaa Allah dengan banyak latihan, pasti kita akan mudah untuk menjawab soalan kertas Sains dengan lebih mudah. Usaha tangga kejayaan! Selamat mencuba..


Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin :D