Saturday, July 20, 2013

Peta Minda Ringkas dan Padat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cikgu ingin kongsikan beberapa peta minda ringkas tetapi padat kepada semua murid-murid tahun 6. 

Peta Minda merupakan satu bentuk rajah yang mengandungi maklumat atau informasi berkenaan sesuatu tetapi dalam bentuk yang lebih ringkas.Ia bertujuan untuk menggalakkan pembacanya berfikir serta merangsang pemikiran agar dapat memahami sesuatu maklumat.

Contoh Peta Minda. Ringkas dan boleh diletakkan gambar yang berkaitan. Satu kaedah ulang kaji yang efektif dan efisyen.


Peta Minda ini merupakan satu kaedah yang sangat efektif  khasnya untuk murid-murid Tahun 6 mengulang kaji dengan  lebih efisyen. Ia boleh dibaca setelah mengulang kaji sesuatu topik sepenuhnya bertujuan untuk "Refresh" semula segala maklumat dan kata kunci dalam sesuatu topik pembelajaran Sains.

Kamu boleh  membaca peta minda ini secara dalam talian ataupun muat turun di alamat berikut :


(Sekiranya ingin muat turun, pastikan kamu mendaftar keahlian terlebih dahulu. Ianya percuma. Minta bantuan guru, ibu bapa, kakak atau abang sekiranya perlu.)

Guru-guru Sains juga boleh menggunakan peta minda ini untuk digunakan di dalam kelas sebagai satu bentuk bahan ulang kaji ringkas.

Selamat Maju Jaya.

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D

Mari Ulang Kaji UPSR 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini Cikgu ingin berkongsi sumber persembahan power point khusus untuk murid-murid tahun 6 dan guru-guru Sains. Bolehlah muat turun setiap persembahan power point ini untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran dan juga ulang kaji.


Usaha Tangga Kejayaan! Jom Ulang Kaji


Tajuk : Persaingan


Tajuk: Daya dan Geseran


Tajuk: Gerhana Matahari dan Bulan


Tajuk: Tuas


Tajuk: Mesin Ringkas


Tajuk: Mesin Kompleks


Tajuk:Pengurusan Pembuangan


Tajuk: Mengenal Pasti Pembolehubah, Tujuan dan Hipotesis.


Tajuk: Pemerhatian dan Inferens.


Terima kasih tidak terhingga pada tuan punya blog,
http://heiriah75.blogspot.com/ iaitu Cikgu Siti Heirah yang sudi berkongsi bahan-bahan ini.

Apa tunggu lagi, mari mulakan ulang kaji! Semoga Maju Jaya!

Ditulis oleh,
Shamsudin Tami.



Mari Menyiasat Bumi dan Alam Semesta di Portal Pendidikan Angkasa.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini cikgu sukacita untuk berkongsi sebuah lagi laman web yang sangat menarik dan dapat membantu murid-murid khususnya tahun 4, 5 dan 6 dalam topik tema pembelajaran Sains, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.

Laman web tersebut boleh dicapai di alamat berikut:


Muka Depan laman web. Mudah dan senang untuk akses pada setiap topik.

Animasi penerangan yang ringkas, padat dan sangat menarik.

Antara topik yang terdapat dalam laman web ini ialah Sistem Suria, Skala dan Jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari, Keistimewaan Lokasi Bumi, Pergerakan Bumi, Bulan dan Bintang,Kejadian Siang dan Malam, Fasa-Fasa Bulan, Gerhana Bulan, Gerhana Matahari dan Buruj. Apa yang menarik setiap topikpembelajaran ini merangkumi satu penerangan animasi ringkas yang sangat menarik dalam Bahasa Melayu yang mudah untuk difahami.

Guru guru Sains boleh menggunakan laman web ini untuk mengajar topik yang terkandung dalam tema menyiasat Bumi dan Alam Semesta.Animasi yang ringkas dan padat tentu dapat menarik perhatian murid untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap tajuk. Ini dapat mewujudkan PdP yang menarik dan berkesan.

Bagi murid tahun 6, boleh la melayari laman web ini sebagai satu bentuk ulang kaji dalam tajuk ini. Animasi ringkas dengan bahasa yang mudah difahami sudah tentu mampu mengukuhkan lagi kefahaman murid dalam sesuatu konsep Sains. Murid tahun 5 dan 4 juga boleh melayarinya untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai topik ini.

Tunggu apalagi, jum teroka Bumi dan Alam Semesta sekarang!
Murid-murid boleh meminta panduan dan bimbingan guru untuk melayari laman web ini sekiranya perlu. Sekian, Wassalam.  
Ditulis oleh,
Shamsudin Tami. :D

Penyerapan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Murid-murid tahun 3 telah masuk tajuk "Penyerapan". Apa itu Penyerapan?

Secara ringkasnya Penyerapan ialah satu proses sesuatu bahan tertentu menyerap air.

Apakah bahan atau benda yang boleh menyerap air ?

Cuba fikirkan?

Ya berikut merupakan antara benda atau bahan yang boleh menyerap air

Kertas











Kain

Span

Tisu

Cuba fikirkan apakah lagi bahan/benda lain yang boleh menyerap air yang kamu tahu?

Bagaimana pula dengan bahan yang tidak boleh menyerap air? 

Berikut merupakan contoh-contoh bahan-bahan tersebut:

Gelas

klip Kertas

Getah

Plastik

Bahan/benda yang tidak boleh menyerap air dinamakan bahan/benda kalis air.
Dengan adanya keistimewaan untuk menyerap air ini, sebenarnya dapat membantu kita dalam kehidupan seharian. Contohnya apabila telah membasuh kereta. Bagaimanakah kita hendak mengeringkan kereta yang dalam keadaan basah? Ya, kita menggunakan kain atau tuala kecil yang merupakan bahan boleh menyerap air untuk mengelap kereta tersebut.  Malah sekiranya ada minuman yang tumpah, kita dapat membersihkan sisa minuman yang tumpah menggunakan kain kecil.
Menggunakan kain untuk mengelap kereta.

Membersihkan air yang tumpah.

Bahan/benda yang kalis air juga ada kegunaannya. Contohnya, beg plastik yang kalis air dapat mengelakkan barang-barang di dalam plastik tersebut daripada basah.
Itulah konsep penyerapan. Harap murid-murid dapat memahami pengertian sebenar penyerapan dan juga dapat menyatakan bahan/benda dalam dua kategori iaitu dapat menyerap air dan kalis air. Salam maju jaya..

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D

Wah Seronoknya "Science for Kids"!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini, Cikgu akan kongsikan satu laman web yang mempunyai banyak input dan maklumat relevan yang ringkas tetapi padat iaitu "Science for Kids: Fun Science & Technology For Kids". Ia boleh dibuka di alamat berikut:



 Muka depan laman web. Mudah dan senang untuk akses kepada pelbagai menu seperti eksperimen, kuiz sains, permainan sains, fakta sains dan banyak lagi.

Laman web menarik ini padat dengan pelbagai jenis kuiz berkaitan topik pembelajaran Sains. Ia juga mempunyai fakta-fakta menarik mengenai haiwan, teknologi terkini, sistem suria, dan banyak lagi bidang Sains yang pasti dapat memberikan pembacanya banyak manfaat. Walaupun dalam bahasa Inggeris, ia tidak menjadi penghalang untuk memahami kandungan laman tersebut. Malah ia mungkin dapat membantu murid-murid untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris secara tidak langsung.Guru-guru sains juga sebenarnya boleh mendapatkan pelbagai info dan maklumat tambahan daripada laman ini. 

Salah satu ekperimen ringkas  berkaitan topik pembelajaran Sains. Senang dan boleh dilaksanakan dalam kelas.

Bukan itu sahaja, terdapat juga eksperimen-eksperimen ringkas yang menyeronokkan berkaitan konsep Sains yang pasti dapat menampah kefahaman murid. Bahan-bahan eksperimen kebanyakannya juga mudah didapati dan guru boleh menggunakan beberapa eksperimen yang relevan untuk dilaksanakan dalam kelas berdasarkan topik dan sukatan Subjek Sains di sekolah. Apa tunggu lagi saintis-saintis muda? jum bereksperimen!

Bagi guru-guru Sains pula, terdapat beberapa contoh pengajaran dan pembelajaran ringkas mengenai topik Sains yang berkaitan boleh dijadikan rujukan. Format RPHnya memang berbeza, namun guru boleh ubahsuai mengikut format RPH yang digunakan sekarang. 
Malah terdapat juga sumber video yang relevan mengenai topik Sains dapat didapati daripada laman web ini. Ini dapat membantu guru-guru yang mencari video  berkaitan topik pembelajaran.

Murid-murid yang ingin melayari laman ini, mungkin boleh meminta bantuan guru, ibubapa, abang atau kakak sekiranya perlu. Guru boleh menggunakan laman web ini untuk menjawab kuiz berkaitan sains ataupun sekadar untuk mengetahui fakta-fakta menarik mengenai pelbagai bidang Sains. Ia satu sumber alternatif Sains yang sangat menarik dan banyak input relevan.

Contoh permainan interaktif yang berkaitan dengan topik pembelajaran Sains iaitu rantai makanan Tahun 5. Banyak lagi pilihan permainan menarik yang lain! Cubalah.

Terdapat juga galeri video berkaitan Sains yang boleh digunakan oleh guru dalam Pengajaran
dan Pembelajaran di dalam kelas.

Pelbagai jenis fakta Sains dari segala bidang yang menarik untuk diketahui.


Malah  permainan-permainan interaktif berkaitan Sains yang mungkin dapat menarik perhatian murid dalam mempelajari sesuatu topik Sains juga ada. Guru boleh menggunakan permainan ini sebagai satu bentuk aktiviti interaktif ICT di dalam kelas. Sudah pasti pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan penuh seronok. Murid sudah tentu bersemangat untuk terus mengetahui topik dan konsep Sains seterusnya!

Apa tunggu lagi, jum kita lawat laman web http://www.sciencekids.co.nz/ 
Mintalah guru kamu untuk membuka laman tersebut sekiranya perlu. Guru Sains kamu akan membimbing dan memberikan panduan semasa kamu melayari laman tersebut.

Isi dan maklumat yang terkandung dalamnya sememangnya agak berguna bukan sahaja hanya untuk murid-murid malah guru-guru Sains juga. Selamat melayari!

Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D

Friday, July 19, 2013

Perbezaan Saiz Planet-Planet dalam sistem suria.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seronok bukan mempelajari sistem suria. Ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Tahukah kamu bahawa setiap planet mempunyai saiz yang berbeza? 
Cuba mainkan video di bawah untuk melihat animasi yang menunjukkan perbandingan saiz planet-planet dengan Matahari dalam Sistem Suria.



Minta guru untuk mainkan video ini di kelas. Guru boleh menggunakan video ini sebagai bahan bantu mengajar multimedia untuk menerangkan perbandingan saiz planet-planet dalam Sistem Suria kita.

Selamat mencuba!


Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D


Terokai Sistem Suria Secara Interaktif!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap murid-murid cikgu sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Kali ini, cikgu akan kongsikan satu laman web interaktif yang sangat menarik. Inginkah kamu semua mengembara ke sistem suria dan melawat setiap planet-planet yang menakjubkan? Tidak perlu roket untuk ke angkasa kerana dengan hanya butang klik, kita boleh melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai setiap planet-planet dalam sistem suria kita. Apa tunggu lagi jum!

Pertama sekali, kamu perlu ke laman web ini http://www.sunaeon.com/ tunggu beberapa saat untuk ia siap muat turun. Kemudian ikut sahaja arahan seterusnya.


Sekiranya perlu, minta guru, ibubapa , kakak atau abang membantu kamu menerokai laman web tersebut.




Halakan sahaja cursor kamu pada mana-mana planet dan klik. Planet yang kamu pilih akan difokuskan. Kamu boleh baca info terperinci yang menarik bagi setiap planet dalam sistem suria kita. Senang dan menarik!



Klik pada imej planet dan gerakkan ke kiri, kanan, atas dan bawah untuk melihat sudut planet secara 360 darjah. Menarik bukan?


Laman web interaktis sistem suria ini sudah pasti dapat memberikan kamu pelbagai informasi dan pengetahuan mengenai planet-planet dalam sistem suria secara terperinci. Mintalah bantuan ibubapa, kakak atau abang dan juga guru dalam kelas kamu untuk membantu kamu menerokai laman web interaksi ini. Semoga ianya memberikan manfaat. Selamat mencuba!


Ditulis oleh,
Cikgu Shamsudin. :D